Oct 1, 2009

sayang

Datanglah kepada aku sayang
Bawalah ruang hati mu
Bawalah panggilan cintaku
Bawalah rimbunan dingin untuk aku berteduh

Jangan pernah tinggalkan aku sayang
Ada lagi aku di sini kerana kamu
Berdiri aku bertopangkan ketagihan genggaman kecilmu
Selamanya aku berhutang kesuburan sifatku sama wujudmu

Senyumlah sayang
Nikmatilah kehidupan jahil itu
Ianya jauh lebih baik dari yang nyata
Jangan khuatir sayang, kau tidak rugi apa apa..

No comments: