Orang tanya kenapa aku selalu merayau sendiri
Aku jawab aku selesa sendirian
Orang tanya lagi, kenapa?
Aku jawab aku suka melayan perasaan dan jelik berkata-kata jika terpaksa
Orang kata aku loser
Aku jawab, suka hati aku lah
Orang kata kasihan sama aku
Aku jawab, mengapa perlu kasihan? aku pilih untuk sendirian
Orang kata, telefon lah andai mahu kemana-mana
Aku jawab, kira aku inginkan teman, akan aku khabarkan
Orang kata aku jarang sekali melontar senyuman
Aku jawab, aku senyum bila aku hendak. aku bukan miss universe yang perlu senyum pada semua
Orang kata aku memilih
Aku jawab, kau tidak tahu cerita sebenarnya
Orang kata aku sombong, susah nak dekat
Aku jawab, kalau kau pembunuh bersiri, bagaimana?
No comments:
Post a Comment