Hati diulit siulan muzik indah
Yang gelita tampak terang
Yang hina dikhabar mulia
Kerana cinta aku bahagia
Kerana cinta aku dibuai lara
Agungkah cinta itu?
Seagung kasih ibu yang memerah kudrat melahirkanku?
Sekudus kasihNya yang sentiasa bersamaku?
Apa cinta itu mengurangkan sakitku bila nyawa dicabut Izrail?
Apa cinta itu akan menjawab soalan mungkar dan nakir di kuburku?
Apa cinta itu membimbingku detik amalan dihisab di
Apa aku terlalu taksub mengemis cinta duniawi?
Dari seseorang yang bergelar manusia?
Apa aku terlalu daif sehingga meminggirkan cinta pada ibu dan Tuhanku?
Mati aku ber-binkan ibu
Syurga aku di telapak kaki ibuku
Mengapa dihunus rimas bila menjawab panggilan ibu
Namun menagih rela bila dipanggil kekasih?
Mengapa gigih berucap sayang pada kekasih
Dan menjaja alkisah sayang itu tanpa segan silu,
Bila gagap untuk hanya membisikkan sayang pada ibu?
Mengapa pantas menadah maaf kala terlanjur bahasa dengan kekasih
Bila keampunan ibu hanya dipohon setibanya syawal?
Pintu rezeki dan jasadku adalah nikmat dari Nya
Dipinjamkan sementara kepadaku untuk menjadi khalifah di alam ini
Mengapa aku ingkar pada suruhanNya?
Mengapa aku leka pada dugaanNya?
Mengapa tidak aku bercinta dengan Tuhanku?
Sebagaimana aku bercinta dengan umatNya?
Harus aku imbangi cintaku pada semua
2 comments:
duniawi je semua tu.. ^_^ buat cam biasa sudaa.. ;) theehehehe..
can i have this in my blog?
Post a Comment